Hai, selepas dapat kunci semalam, ED terus menuju ke rumah ED. Alhamdulillah, pertama kali ED masuk ke rumah baharu. Sebelum ini, masuk ke rumah contoh sahaja. ED nak kongsi gambar2 di dalam rumah ED yang masih kosong lagi.
Rumah ED dah berwiring.. Tinggal masuk meter elektrik sahaja.
Assalammualaikum.. Ini ruang tamu dan ruang meja makan.
Bahagian pintu masuk dan tingkap depan. Kena fikir langsir apa nak pakai nanti..
Bahagian dapur yang kecil. Rancangan ED, nak pasang kabinet kat sini. Kalau mampu la..
Halaman belakang dapur. Mula2 ED ingat nak tutup jadikan dapur, tetapi rasa sayang pulak. ED nak jadikan tempat jemur baju atau tempat membakar sate atau otak2. Hehe..
Ada 4 bilik, ini bilik di belakang.
Bilik utama.
Tandas. Sekarang ni semua pattern jamban duduk. Huhu..
Halaman depan rumah. Dekat kawasan berumput ni, ED nak tanam pokok daun pandan, serai dan pokok cili padi la. Di depan rumah pulak, ED nak tanam pokok mangga. Oke tak?
Sesiapa yang dapat masuk rumah baharu, pasti akan merasakan apa yang ED rasa semalam (kecuali orang kaya la..). Gembira tapi berkira2. Berkira2 berapa duit akan keluar untuk melengkapkan keperluan rumah ni. Hehe.. Langkah pertama ED selepas ni nak pasang grill rumah, selesaikan urusan elektrik dan air dulu. Apa2, nanti ED update lagi ye... Udada Ubabye!!
Segmen Mi Casa (Rumah Saya)
ED: Semoga urusan rumah berjalan lancar..



















